Kemaskini Cloud Storage Backup

Dalam tutorial kali ini saya akan menyentuh berkenaan kemaskini susun atur fungsi simpanan data website di dalam Cloud Storage.

Dengan menggunakan plugin WP Vivid Pro ini, sebenarnya kita boleh hubungkan dengan pelbagai platform cloud yang berada di pasaran, antaranya seperti Google Drive, Amazon S3, Digital Ocean Spaces dan banyak lagi.

Servis yang saya sebut di atas adalah antara yang popular dalam pengguna global. Kita sebenarnya boleh juga menggunakan apa-apa servis yang boleh menyimpan data, dengan syarat ia mampu dihubungkan dengan protokol FTP atau SFTP.

🔙📑 Kembali ke Senarai Tutorial